• Utama
  • Tentang Kami
  • Kemasukan
  • FAQ
  • Galeri
  • Hubungi Kami
  • Infaq
  • Blog
  • More
    • Utama
    • Tentang Kami
    • Kemasukan
    • FAQ
    • Galeri
    • Hubungi Kami
    • Infaq
    • Blog
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Kemasukan
  • FAQ
  • Galeri
  • Hubungi Kami
  • Infaq
  • Blog

FAQ

Sebarang pertanyaan mengenai Maahad Tanwiriah Lilbanat (MTL) boleh diajukan dengan menghubungi kami di halaman Hubungi Kami

Maahad Tanwiriah Lilbanat (MTL) merupakan sebuah institusi pengajian tahfiz swasta yang dibangunkan di atas sebidang tanah wakaf orang ramai. MTL berhasrat untuk memenuhi keperluan semasa dalam usaha melahirkan generasi unggul dalam menghadapi era akhir zaman.


Konsep persekolahan di MTL adalah konsep berasrama di mana para pelajar wajib tinggal di dalam asrama. Antara keunikan MTL ialah terdapat ujian pra syahada, ujian syahada, SPM, kemahiran berbahasa Arab dan Inggeris, aktiviti memanah, aktiviti keusahawanan, aktiviti housekeeping, dan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak.


Antara objektif utama MTL ditubuhkan ialah:


  1. Ditubuhkan sebagai satu usaha untuk mendidik, melatih, dan mengembangkan bakat sedia ada dalam diri pelajar.
  2. Memberi pengetahuan dan kemahiran semasa dalam mempersiapkan diri pelajar dalam mengharungi cabaran hidup.


MTL menyediakan silibus tahfiz khatam 30 juzuk Al-Quran dan syahadah. Selain itu, MTL menyediakan silibus fardhu ain yang wajib dipelajari setiap hari di samping menyediakan subjek Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris serta kelas tambahan Matematik seminggu sekali untuk persediaan SPM.


Antara aktiviti kokurikulum yang disediakan di MTL ialah aktiviti memanah, bola jaring, bola tampar, bandminton, kalam jamaie, dan qasidah.


Add an answer to this item.


Antara syarat-syarat dan kriteria untuk mendaftar MTL ialah:


  1. Perempuan
  2. Berumur 10 tahun ke atas
  3. Sihat tubuh badan, berdisiplin dan berakhlak baik
  4. Berminat untuk menghafal Al-Quran
  5. Boleh mengikuti peraturan
  6. Lulus temuduga
  7. Boleh berdikari


  1. Daftar semasa hari pendaftaran atau hari persekolahan (Ahad-Khamis)
  2. Pembayaran yuran, pemberian baju uniform sekolah dan baju outing serta pembahagian kitab pengajian.
  3. Penempatan kelas dan penempatan asrama oleh warden.


Bentuk temuduga yang dijalankan adalah seperti berikut :


  1. Pelajar diuji dengan hafazan surah-surah pendek atau panjang.
  2. Pelajar akan diuji dengan cara menebuk ayat Al-Quran.
  3. Pelajar akan diuji dengan pengetahuan dan pemahaman tajwid.
  4. Pada masa yang sama ibu bapa juga akan melalui sesi temuduga.


Kemasukan pelajar baharu bagi sesi 2024 bermula pada 6 Januari hingga Mac 2024.


 

Penyusunan cuti persekolahan adalah seperti berikut :


  1. Cuti Pertengahan Tahun selepas Imtihan Pertengahan Tahun.
  2. Cuti Akhir Tahun.
  3. Cuti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
  4. Cuti pulang bermalam sebanyak 2 hingga 4 kali setahun.


Ya, MTL menyediakan asrama untuk pelajar dengan kelengkapan kamera litar tertutup, dobi, dan kemudahan fasiliti asrama yang lain.


MTL bertempat di Muar, Johor.


Alamat penuh MTL:  

Maahad Tanwiriah Lilbanat,

Pos 14-1, Parit Seri Jln Tememggong Ahmad,

84150, Parit Jawa, Muar, Johor



Copyright © 2025 Maahad Tanwiriah Lilbanat - All Rights Reserved.


Powered by GoDaddy

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept